Thursday, 10 July 2014

Review buku FIXI Gantung by Nadia Khan


What's up guys? Harini aku nak buad review pasai novel2 terbitan Buku FIXI. Kalau korang nak tau apa tu Buku FIXI korang just boleh search google je. Banyak akan kuaq nty. Hihi.. Aku first time beli memang teruih jatuh cinta dan sanggup kumpui duit nak beli lagi. Rasa berbaloi. Haha



Buku first yg aku beli ialah Gantung by Nadia Khan. Buku ni pasai empat budak remaja lelaki yg nakal dn sosial. Dorang ni satu geng la. Dalam geng ni ada ketua dn ketua tu ialah Gibran. Gibran ni dia wujudkan satu peraturan dlm geng dorang yg diberi nama musketeer code. Dimana motto dia "no all for one, just one for all." Kiranya dorang takleh ada girlfriend tetap tapi skandal boleh dan depa berempat akan merasa skandal tersebut. Korang paham dak maksud aku? Hahaha.. Tak paham pn buad2 paham jela.

Si Gibran ni dah lama jatuh cinta kt sorang minah nama Farah. Tapi farah ni macam juai2 mahal memula. Garang konon. Lelama baru la mula melayan dan suka. Si kawan baik farah ni pulak syok kat Gibran. Dan dia jenih psiko gela. Pelik. Bila si Gibran ni dah dapat Farah, dia macam taknak kongsi la dengan member2 yg lain. Sayang la katakan. Padahal dia sendirik yg buad peraturan gitu. Dia sorok la hubungan dia dengan Farah ni. Tapi si kawan farah ni dapat tau dan dia p habaq kat tiga orang lagi. Dia kata Gibran khianat depa la sbb takmau kongsi Farah. Siap main ugut2 lagi.

Yang paling best sekali ialah kawan2 Gibran ni tak marah pon dan depa paham. Depa kasi can la kat Gibran dgn Farah. Depa plak berpakat nak kenakan si kawan farah yg dok ugut2 tu. Depa buad something yg memang agak kejam la. Sampai si kawan farah tu gantung diri. Start pada situ la hidup depa ni penuh dgn ketakutan, kekadang depa gado. Dan aku sebenaqnya tak sangka ending dia macam tu. Selebihnya korang kena baca sendirik la. Baru feel!

Memang superb la baq hang. Bukannya seram semata-mata. Dia masukkan pelbagai unsuq dalam ni. Bila gabung perghh! Syabas kpd penulis. Aku rasa korang pon takkan expect ending dia mcm tu. Korang memang tak bole nak skip sikit pon. Korang jadi nak tau lepaih tu apa apa dan apa. Kiranya nonstop baca satg. HAhaha.. Aku kasik 4.4 bintang!! Dah g beli. Adios!

No comments:

Post a Comment