Tuesday 5 August 2014

Tips Stalk Twitter Jangan Sampai Kantoi


Yo, aweks solehah dan pakwes soleh sekalian! Amacam cuti raya? Best tak korang?? Jadi la tu dpt cuti seminggu. Rasanya belum terlambat kot aku nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri kat semua umat Islam seluruh dunia. Kih3. Harini aku nak kongsi tips macam mana nak stalk seseorang tu tanpa kantoi.

Tak dapat diselindung lagi majoriti semua orang pon suka stalk kehidupan orang lain. Tetambah orang tu orang yg kita suka or sayang or musuh or kawan lama or yg takdak kena mengena pon kekadang kita stalk. Tapi kekadang tu kita macam tersilap sikit ja habeh kantoi yg kita stalk dia. Aku selalu jadi dah. Stalk twitter orang, terfavourite la,terfollow la. Ase macam nak nyorok masuk gua ooo.. malu ngat aih bila terkantoi. Haha. Oh,ya! Sebelum terlupa aku nak share tips ni utk stalk twitter je eh.

Pegang phone guna tangan kiri

Haa! Waktu hampa stalk seseorang tu pastikan hampa tak lupa nak tukaq tangan kiri dan scroll guna ibu jari kiri. Yela,butang favourite n butang follow kan belah kanan. So bila korang guna tangan kiri korang dapat elakkan drpd terfavourite atau terfollow orang tu.

Buad account private yg baru

Hat ni khas utk orang yg privatekn account twitter depa. Harini hmpa stalk elok ja. Tetiba esoknya orang tu dh protect akaun dia. Macam tau2 ja hampa stalk. Kah3. So caranya hampa buad account twitter yg baru dan pastikan hampa pon protect account jgak. Sebelum hampa follow dia,jangan bagi nampak sgt yg tu account yg baru buad. Nanty depa was2 nak accept follower request. Boh gambaq orang betoi, jgn amik gambaq kartun or artis. Curi la gambaq mak atau ayah hampa waktu muda mudi dulu ka. Hakhak. Then hampa tweet la banyak2 atleast smpai beratuih tweet. Orang lain bukan bole tgok tweet2 hampa pon sbb hampa protect. Follow orang bebanyak gak. Follower sikit takpa. Tak jadi masalah. Then bila account tu agak kukuh dh p follow orang yg hampa nak stalk tu. Kalau depa accept alhamdulillah la. Kalau depa tak follow hampa balik, itu baguih! Kalau depa follow,hampa reject. Jgn accept ye. Bukan depa egt pon yg depa penah antaq follower request kat hampa. Lepaih tu hampa bole stalk dgn aman guna tangan kanan pon takpa!! Sebab account hampa protect. Kalau hampa favourite ka, tweet pape kat orang tu pon depa takkan nampak. Takkan dapat notification. Tu la gunanya protect account. Hampa bole tweet dgn depa hari2 tanpa depa tau dan nampak. Hahaha.. syaratnya jgn accept follower request depa n kena protect account hampala.

Jangan perli, jangan cakap kat tempat lain 

Maksud dia kat sini, bila hampa dah stalk orang tu hampa toksah dok gatai nak perli2 tweet2 dia. Toksah bagi nampak yg hampa stalk dia. Mungkin hampa rasa orang tu taktau tapi mcam mana kalau orang tu pon dalam diam stalk hampa? Takpon ada orang lain yg bermulut jahat pegi report ka bila nampak tweet hampa tu. Haaa! Tak ke naya. So bila dah stalk tu dok diam ja buad macam hampa taktau pape. Jangan dok perli atau cakap pasai apa menda yg orang tu tweet. Sama ada kat memana laman sosial pon tau. Egt tu kalau taknak kantoi. Lainla kalau korang mmg nak orang tu tau korang stalk dia.

Okayy! Setakat tu dulu tips utk stalk tanpa kantoi. Lepaih ni kalau aku ada tips lain aku tambah naa.. cuba jgn tak cuba. Hihi. Adios!

No comments:

Post a Comment