WANITA : Akal senipis rambutnya
WANITA : Akal senipis rambutnya
Jangankan lelaki biasa, Nabi pun sunyi tanpa wanita
Tanpa mereka... hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah
Masih mencari walaupun ada segalanya
Apa yang tidak ada dalam syurga
Namun Adam tetap rindukan Hawa
Pada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri dan puteri
Dijadikan wanita dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki
Tapi kalau lelaki sendiri tidak lurus...
Mana mungkin kayu yang bengkok mengahasilkan bayang-bayang yang lurus?
Luruskan wanita dengan jalan yang ditunjukkan Allah
Kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah
Didiklah mereka dari pandanganNya
Janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta
Kerana nantinya mereka semakin liar
Jangan menghiburkan mereka dengan kecantikan
Nantinya mereka semakin menderita
Yang sementara itu tak dapat menyelesaikan masalah
Kenalkan mereka kepada Allah, Zat yang Kekal
Di situ punca bagi kekuatan dunia
Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu
Hati serapuh kaca, kuatkanlah dengan iman
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak
Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya mereka lihat nilaian dan keadilan
Bisikkan ke telinga mereka
Bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan
Ia bukan diskriminasi Tuhan
Sebaliknya di situlah kasih sayang Tuhan
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya
Pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan
Tanpa ilmu, iman dan akhlak
Mereka tidak akan lurus bahkan akan membengkok
Itulah akibatnya andai mereka tidak kenal Tuhannya
Bila wanita derhaka, dunia lelaki akan huru-hara
Lelaki pula jangan lah mengharapkan ketaatan
Pimpinlah diri sendiri kepadaNya
Jinakkanlah diri pada Allah
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah kepimpinanmu
Janganlah menharapkan isteri semulia Fatimah Az Zahra'
Andai peribadimu tidak sehebat Saiina Ali Karamallahhuwajhah
Wallahua'lam..
Sumber : Unknown
No comments:
Post a Comment