Yo! Ahaaa! Mak gua special sesangat!! Kenapa? Sbb dia lain dari lain dan sangat memahami dan sangat baik and she's a perfect mother for me dan sayang mama sesangat!!! Hahaha.. Taktau cemano nk habaq tapi yela semua orang pon sayang mak dia kan? Semua orang pon akan anggap mak dia segalanya.. Yang tak sayang tu dia ada masalah jiwa, hati dan mental. Huwa3.. Samala aku pon sayang mak aku! Alhamdulillah Allah kurniakan aku seorang mak yg macam Puan Sri Maryati ni..
Sebenaqnya pagi semalam mak aku tetiba bagi dua helai kertaih. Dia habaq "Bacalah, ni baguih untuk hang ni". Ok,memula aku macam tak berminat sangat dengan kertaih tu. Tapi amik baca gakla. And yea, it's worth it! Isi kertaih pertama tu ialah tentang wanita. Kiranya dia menerangkan tentang sifat wanita, kepentingan wanita, nasihat utk para lelaki mendidik seorang yang bernama wanita dn panduan or sebagai persediaan mencari isteri atau mendirikan rumahtangga. Kertaih kedua pulak lebih ditujukan kpd hat mana yg dok patah hati, kecewa bercinta, ditinggalkan kekasih, memberi semangat baru, bole dijadikan doa selepas solat utk menguatkan jodoh sesuatu perhubungan ataupun kiranya semua berkenan jodoh dn nak bagi kita sedaq yg cinta Allah lah satu-satunya cinta yg abadi.
See?? What is the main reason my mother gave me this? like seriously? Did she know anything about me? About my problem? Did she know what is in my heart? Sebab mmg tak la aku nak cite apa2 pasai cintan cintun kat mak aku. Aku rasa betoila kata orang, ibu ni dia ada firasat yg kuat tentang anak dia. Sentap tu ada, tapi terkejut lebih banyak la.. Pergghh! Dasyat mama ni. Suruh aku baca menda2 yg mcm ni. Maybe mama rasa aku dh dewasa kot. Wakakaka! Hey, i'm eighteen okay? :P Dan utk pengetahuan semua isi kandungan kertaih tu semua aku dah tulih dalam blog ni. entri aku yg sebelum ni la. nak tau? Nak baca? Pegi cari entri sebelum ni. Jadi itu semua bukan hasil tulisan aku yee.. Jangan salah paham. Aku just salin balik dalam blog utk perkongsian. Mana tau bole tolong apa yg patut dn bagi faedah kt semua.
Pahtu kan, sebenaqnya mak aku ni kekadang magic tau. Taktau la nak habaq cemano. Selalu buad perkara yang mengejutkan. Perkara superb yg aku sendiri pon tk penah terpikiaq. Pasai makanan, pasai menjahit, pasai tanaman, pasai anak2 dn memacam lagi lah yg mak aku buad something yg mmg aku takkan lupa. Aku nk cite perkara2 tu tapi ase macam tak bole. Sebab nanti orang lain gelak. Hahaha.. No no no.. Biaq aku dn mak aku ja tau. Secara jujuqnya bukanlah perkara tak elok naa.. Jangan pikiaq bebukan plak. Pelangkung satg! Mana nk dapat mak yg RARE macam puan Sri Maryati ni? kekeke.. XD
Dan apa yang mak aku cakap tu kalau aku ikot mesti hasil dia baguih! Tak cakap semua tapi hampir kesemuanya la.. Well, mak aku seorang yg jarang bebenor merungut. Baguihlaaaa! Ish, mak sapaa laa ni.. Hakhak! mak aku walaupon politik dia lain daripada kawan2 dia.... Wlaupon kengkawan dia selalu hentam dan kutuk politik yg disokong mak aku.... Mak aku tetap tak kesah. Masuk telinga kanan kuaq telinga kiri. Peduli apa kan? Yess! Syabas mama! You go girl! Muahaha!
Oklaaaa!! Itu je nak habaq. gua berbangga memiliki seorang ibu macam Puan Sri Maryati. Semoga Allah sentiasa memberkati mama dan berikan mama kebahagiaan dunia akhirat. Teeheee.. Kitee maluu.. :P kahkahkah.. Blahh r.. ok, adios! amigos!
P/S kita kan kalau tengok muka mak kita hari2 pon dapat pahala tau.. Apatah lagi kalau rajin tolong mak. so, apa lagi? taknok pahala ke? ehehehe.
Ya Allah,
Seandainya telah kau catatkan dia milikku,
Tercipta buatku,
Maka dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Kebahagiaan ini akan kekal abadi
Ya Allah,
Seiringkanlah kami
Mengharungi hidup luas ini
Ke tepian yang sejahtera
TETAPI....
Tuhanku yang Maha Esa
Seandainya telah kau takdirkan
Dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
Luput dari ingatan ku dan....
Peliharalah diriku dari kecewa
SERTA...
Tuhanku yang Maha Mengetahui
Berikanlah aku kekuatan
Melontarkan bayangan ke dada langit
Hilang bersama senja merah
Dan setiap pekat awan
Agar aku bisa bahagia
Walaupun tanpa dirinya
DAN...
Tuhanku Yang Tercinta
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Meskipun tidak sama dengan dirinya
Biar sekuat manapun aku menyintainya
Ku pohon agar Tuhan melenyapkan perasaan ini
Sekiranya dia ditakdirkan bukan untukku
Tetapi seandainya dia ditakdirkan untukku
Ku pohon agar takdir memperkuatkan lagi
Cintaku padanya
Dan cintanya padaku
Seperti mana kuatnya aku menyintaiMu
Sumber : Unknown
WANITA : Akal senipis rambutnya
Jangankan lelaki biasa, Nabi pun sunyi tanpa wanita
Tanpa mereka... hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah
Masih mencari walaupun ada segalanya
Apa yang tidak ada dalam syurga
Namun Adam tetap rindukan Hawa
Pada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri dan puteri
Dijadikan wanita dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki
Tapi kalau lelaki sendiri tidak lurus...
Mana mungkin kayu yang bengkok mengahasilkan bayang-bayang yang lurus?
Luruskan wanita dengan jalan yang ditunjukkan Allah
Kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah
Didiklah mereka dari pandanganNya
Janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta
Kerana nantinya mereka semakin liar
Jangan menghiburkan mereka dengan kecantikan
Nantinya mereka semakin menderita
Yang sementara itu tak dapat menyelesaikan masalah
Kenalkan mereka kepada Allah, Zat yang Kekal
Di situ punca bagi kekuatan dunia
Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu
Hati serapuh kaca, kuatkanlah dengan iman
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak
Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya mereka lihat nilaian dan keadilan
Bisikkan ke telinga mereka
Bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan
Ia bukan diskriminasi Tuhan
Sebaliknya di situlah kasih sayang Tuhan
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya
Pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan
Tanpa ilmu, iman dan akhlak
Mereka tidak akan lurus bahkan akan membengkok
Itulah akibatnya andai mereka tidak kenal Tuhannya
Bila wanita derhaka, dunia lelaki akan huru-hara
Lelaki pula jangan lah mengharapkan ketaatan
Pimpinlah diri sendiri kepadaNya
Jinakkanlah diri pada Allah
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah kepimpinanmu
Janganlah menharapkan isteri semulia Fatimah Az Zahra'
Andai peribadimu tidak sehebat Saiina Ali Karamallahhuwajhah
Wallahua'lam..
Sumber : Unknown
Assalammualaikum papa! ihihi.. excited r nk tulih entry kali ni. well, papa tak sempat tengok result PMR unah dulu. la ni result SPM pon papa tak sempat tengok gak. kan best kalau papa boleh tengok. at least papa bole tolong bagi cadangan utk masa depan unah. because you know it very well! sekarang unah dah keje tau. jadi waiter je. unah kena keje sebab taknak asyik mintak duit kat mama.. yea, basically unah mmg ikot perangai papa yg sgt berjimat cermat tu. ehehe.. but, unah betoi2 ada menda nk buad dgn duit. and.... takmau susahkan mama. dh banyak dh unah susahkn mama. biaq unah belajaq berdikari.
ahaa! lesen moto n lesen keta unah luluih dah dua2. sekali je tau papa! hebat tak? huwa3.. yee.. unah tau papa takkan benaqkan unah amik lesen moto apatah lagi lesen keta. dan kalau papa tau unah keje sambilan ni, mmg papa akan bangkang habeh-habesan! tapi... unah tetap amik lesen moto n keta sebab kalau unah takdak semua tu, unah akn menyusahkan byk pihak. dulu bole la papa amik hantaq unah. dulu unah ni dimanjakan sangat. papa bawak keta bukannya mata nampak sangat. dengan saked kaki lagi.. tapi papa tetap amik n antaq unah pegi skola dulu. u know what? bersyukurnya unah dapat kedua ibubapa yg sangat the best in da world! untung sangat2..
unah tau unah ni degil dan pemalaih. selalu buad papa dgn mama susah hati dgn perangai unah. minta maaf yee.. unah sayang papa dgn mama. dulu papala penyeri keluarga dn umah kita tu. papa selalu buad lawak. papa suka usik mama sampai mama tak bole benti gelak. unah rasa mungkin itu sebabnya mama bole jatuh cinta dgn papa. ehehehe.. papa, tiqah dgn abang mat dh tunang. maybe raya tahun ni nikah. hehe.. Alhamdulillah.. lepaih ni tinggai unah jela yg maseh bujang ye dok? hahaha.. unah harap papa tak tau dn tak amik tau pasai hal unah kt dunia skrg ni. bukan apa, unah takut papa kecewa..
kecewa dgn unah yg tergedik-gedik nak bercintan cintun bagai. padahai umoq bawu bape ja. well, unah sebenaqnya taknak cintan cintun pon. unah tau couple haram dn Alhamdulillah sejak unah lahir smpaila skrg, unah masih tak penah couple. tapi unah tak bole halang hati ni untuk mempunyai perasaan dekat insan yg bernama lelaki. tak bole la papa. susah. macam mana papa bole jatuh cinta dekat mama? unah tya sebab unah rasa sakit la bila jatuh cinta. papa dgn mama sakit tak dulu? dunia ni memang rupalistik ke? haha.. hajat unah nk berwalikan papa suatu hari nanti tak kesampaian la. huuu~ papa, rindulah. rindu nak dengaq papa bersin, papa batuk, papa gelak, papa berdengkuq, papa melawak, papa menyanyi, papa mengaji. rindu misai papa, perot papa, hahahaha.. everything about you.
papa, nanti kalau unah dpat sambung belajaq, tolong doakan yg unah betoi2 fokus dn dapat kejayaan dunia akhirat ye.. unah taknak la sedih2. unah taknak terpedaya dengan tipu muslihat duniawi. alahh.. papa, banyak sangat kenangan kita sekeluarga. byknya kenangan kita berdua. alaaa.. rindunyaaaa.. kalau nk sebot kat sini sampai bape juta perkataan pon tak habeh. ok,la.. teremosional pulak. hehe.. babai papa. Assalammualaikum, lelaki terhebat yg penah saya ada di dunia. Mohd Jaafar bin Ismail. :DDD
hoiiiii!!! lamanya tak update blog ni.. hehe.. busy busy busy.. haha.. bajet betoi. baca tajuk kat ataih. betoi la tu. aku dah keje sambilan as a waiter sekarang. tak tya pon.. hahaha.. woii! biaq p la aku nk habaq. aku nk cite ni. baik hampa baca!! ok, first day aku agak malu2 dn semuanya kelam kabut sikit. yela, aku dok terkial-kial lagi sebab taktau sangat kan.. tapi Alhamdulillah semuanya ok. hari seteruihnya makin baik.
masuk minggu kedua aku dah mula hilang semangat.. sebab apa? aku takdak cuti! hari2 keje dari pagi sampai petang. no more enjoy with friends.. :( online pon jarang dah sebab penat kan. malam kena tdoq awai.. takley kuaq p memana sbb tkdak cuti. nak tengok liverpool lawan pon susah!! sebabtu la kmi hilang semangat nak keje.. ase lifeless gelaaaa! dulu waktu tak keje, kemain nak keje sgt sebab ase dok umah gemokkan badan tu lifeless.. skrg ni keje pon lifeless.. ngek punya sai!! hahaha...
setiap hari aku akan ckp kat diri sendiri utk lebih bersemangat bekerja. memang kalau nk diikotkan, aku hampir nak benti dah. tapi disebabkan aku rasa yg aku masih mampu bertahan.. so aku teruihkan. semangat perlu ditingkatkan! fighting! sekarang dah masuk minggu ketiga dah pon.. and semuanya berjalan lancaq.. :)))) aku egt nak keje sampai bulan lima ja.. sebab akhir bulan 5 ada cuti sekolah dua minggu.. for sure kakak abang balik and i wanna enjoy myself with them! urghh! i love my family so so much..!! muahahha..!! lagipon baru semalam bos ckp yg aku dapat cuti hari ahad. akhirnyaaa.. ada cuti!! lega baq hg,. Alhamdulillah.. so lepaih ni insyaAllah takdak pape masalah dah. hehe..
oh,ya! pasai sambung belajaq of coz aku nak!! dah isi memacam jenih universiti n kolej dah.. setiap hari aku akan tunggu surat tawaran der.. balik keje je aku akan tya mama aku sama ada aku dapat pape surat ke dak.. ada tu ada.. tapi swasta.. and paham2 jela kalau swasta tu memang mahai la cita dia! orang kaya ja la mampu pegi.. hakhak.. pape pon aku tetap tunggu IPTA jugakk.. kalau tak dapat baru ikhtiar cara lain. jangan risau, insyaAllah rezeki ada tu. hikhik. aaaaaaaaaaa.. takutnya nak teruihkan hidup sebagai siswazah pulak pahni. wakaka.. berangan dah.. -,-
orait, itu jela kot nak kongsi cite kat hampa.. maseh sebab baca.. tau tak penting pon tapi nak habaq jugakk.. wekkkk! ok,chau! adios amigos!