Tuesday, 11 March 2014

cara solat sunat hajat


yosh! harini kita belajaq macam mana nak solat sunat hajat. manusia ni bila dia mahukan sesuatu menda tu atau dia di dalam kesulitan, kesusahan atau mendapat sebarang musibah, barula cari Allah kn? barulah nak pegang Al-Quran. barulah nak belajaq solat sunat hajat ni. manusia la katakan. hmm.. tapi takpa,selagi belom terlambat, meh la kita belajaq solat sunat hajat! tambah2 lagi bebudak yg tengah ada exam, tengah tunggu result SPM, tengah hadapi kesulitan hidup mahupun sesiapa yg berkeinginankan sesuatu.


Tujuan kita solat hajat ni sebenaqnya untuk

+ untuk mendekatkan diri kepada Allah
+ untuk memohon hajat untuk diri sendiri mahupon orang lain
+ mendidik jiwa redha dengan ketentuan Allah
+ mengakui kelemahan diri sendiri

Cara menunaikan solat sunat hajat

1. Lafaz niat solat sunat hajat ialah :

solat sunat hajat
Maksud: Sahaja aku solat sunat hajat dua rakaat kerana Allah taala

2. Pada rakaat pertama baca doa iftitah, surah al-fatihah kemudian baca surah Al-kafirun atau
    Ayat Al-Kursi (sebanyak 1 kali atau 11 kali).

3. Pada rakaat kedua surah al-fatihah kemudian baca surah Al-ikhlas  (sebanyak 1 kali atau 11 kali).

4.  Sebaik sahaja selesai solat (selepas memberi salam), terus sujud sekali lagi dan bacalah
     tasbih ini sebanyak 41 kali


Tasbih Hajat
"LA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ ZHOOLIMEEN"

Maksudnya: Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini dari golongan orang yang aniaya.

5. Selepas membaca tasbih tersebut anda berdoalah untuk memohon hajat (masih dalam
    keadaan sujud)

tapi!! haruslah hampa ingat naa.. jangan dok gatai mintak hajat menda yg tak baik atau mengarut-ngarut. satg kot kecewa kalau Allah tak makbulkn atau menda lain pulak Allah bagi.. haa.. kan haruu!
Hajat yang sesuai dimintak

  • Mendapatkan kebaikan di dunia seperti cemerlang dalam peperiksaan. Keamanan dan dimurahkan rezeki.
  • Mendapat kebaikan di akhirat seperti menjadi orang yang istiqamah dalam ibadah.
  • Menjauhi keburukan dunia seperti kegagalan dalam hidup, penyakit, kemiskinan dan sebagainya.
  • Menjauhi keburukan akhirat seperti perbuatan maksiat, mungkar dan sebagainya

wokey! semua ni credit kepada blog INI. terima kasih yaww! aku hanya berkongsi ilmu. :D oleh kerana baru2 ni kita semua dikejutkan dengan sesuatu peristiwa ganjil iaitu kehilangan malaysia airlines MH370 jadi aku rasa marilah kita sama2 rajinkan diri buad solat-solat sunat apa2 yg patut ye.. doa bebanyak. yang lain kita serahkan kepada yg Allah S.W.T.  adios!

No comments:

Post a Comment