Saturday 17 January 2015

Review Buku FIXI Gelap by Ariff Adly


Hoit! LAma tak buad review buku kan? Yela dah lama jugak tak beli bukunyaa.. So harini aku nak review buku Fixi tajuk Gelap by Ariff Adly. Untuk korang pya info, kalau korang nak tau la,sebelum ni aku ada buad review utk buku Kacau dari penulih yg sama jugak. Dan entri tu paling byk orang view. Hahahaha! Jadi bila penulih ni tulih buku baru, aku pon kena beli la sbb buku dia yg sebelum ni besttt! So, here we go!


Buku ni tentang tujuh orang kawan yg akan berparty utk setiap tahun. Kiranya akan ikot giliran la sorang2 cadangkan tempat mana yg akan depa pegi utk berparty. Kali ni si Adi yg atuqkan tempat utk depa berparty. Sebenaqnya depa ni 6 orang sahabat  ja iaitu Anip, Adi, Ed, Eva, Atirah dan Sheqa. Pahtu Anip ni couple dgn Dawi. So,Dawi ni kiranya baru masuk sekali la sebagai kawan depa. Paling terbaru si Maya iaitu awek Adi yg depa semua baru kenai waktu nak berparty dekat tempat yg Adi cadangkan. Tempat parti kira mcm sebuah rumah dlm hutan yg ada ayaq terjun. Camtula klau tak silap aku.

Pahtu dah kenai2 apa semua, dah terjun mandi kat ayaq terjun apa semua, parti pon bermula la. Si Adi ni buad peraturan yg utk party kali ni takdak sapa bole pegang phone..Phone tu Adi kunci dlm peti besi. Kiranya takmau ada gangguan dari orang luaqla. Adi ni cuma bagi walkie talkie utk depa hubung antara depa-depa ja. Depa ni kira sosial gelaa la. Amalkan seks bebas. Kecuali Dawi, Sheqa n Tirah. So,waktu si Adi dgn Maya ni tengah dok nak bermadu asmara, tetiba ada orang serang depa. Adi ni bergaduh la dgn orang jahat tu then suruh Maya mintak tolong dekat kengkawan yg lain.

Anip dgn Ed pon bila dgaq Maya cita lagu tu, depa teruih p cari Adi dalam hutan. Jumpak2 keadaan Adi terok gelaa baq hg! Dia kena bunuh. Depa trkejut gela la dn tak sangka ada orang sanggup bunuh Adi dgn cara mcm tu. Depa pon bwak Adi balik umah. Semua terkejut terutama Maya. Yela,pakwe dia mati kan. Kesiannn.. Then semua rasa tak selamat dh. Depa  nk tepon polis tapi ada orang dah hancuqkan handphone2 depa. Pahtu semua jadi tak tentu arah la. Ada yg nampak hantu kat pokok la, apala. Pahtu sorang2 kena bunuhh dlm keadaan yg ngeri.

Semua kena bunuh dgn cara yg berbeza. Sejak tu la satu persatu rahsia depa waktu sekolah menengah dulu terbongkaq. Depa ada musuh ka? Sapa dalang dia? Siapa yg jahat? Siapa mangsa? Siapa Nadiah? Nadiah ke  pembunuh dia? Betoi ka ada hantu kat situ? Semua mati ke atau ada yg tertinggal? Jeng Jeng Jeng!!!! Suspen dak?? Nak tau perabih p beli la woiii!! Ngeri tau bacaa. Tapi honestly aku kena jujuq la yg aku lebih sukakan buku Kacau lagi. Buku Kacau mmg bgi impak yg besaq kat aku. Buku ni pon not bad. 

Aku bagi 3.8 bintang! Dah pegi beli. Adioss!

No comments:

Post a Comment