2. Pada rakaat pertama baca doa iftitah, surah al-fatihah kemudian baca surah Al-kafirun atau
Ayat Al-Kursi (sebanyak 1 kali atau 11 kali).
3. Pada rakaat kedua surah al-fatihah kemudian baca surah Al-ikhlas (sebanyak 1 kali atau 11 kali).
4. Sebaik sahaja selesai solat (selepas memberi salam), terus sujud sekali lagi dan bacalah
tasbih ini sebanyak 41 kali.
"LA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ ZHOOLIMEEN"
Maksudnya: Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini dari golongan orang yang aniaya.
5. Selepas membaca tasbih tersebut anda berdoalah untuk memohon hajat (masih dalam
keadaan sujud)
tapi!! haruslah hampa ingat naa.. jangan dok gatai mintak hajat menda yg tak baik atau mengarut-ngarut. satg kot kecewa kalau Allah tak makbulkn atau menda lain pulak Allah bagi.. haa.. kan haruu!
- Mendapatkan kebaikan di dunia seperti cemerlang dalam peperiksaan. Keamanan dan dimurahkan rezeki.
- Mendapat kebaikan di akhirat seperti menjadi orang yang istiqamah dalam ibadah.
- Menjauhi keburukan dunia seperti kegagalan dalam hidup, penyakit, kemiskinan dan sebagainya.
- Menjauhi keburukan akhirat seperti perbuatan maksiat, mungkar dan sebagainya