Thursday, 9 January 2014

cara solat sunat Dhuha yang ringkas


Heyyo! harini aku nak kongsi cara-cara solat sunat Dhuha yg ringkas. Basically ramai antara kita yg malas nk lakukan apa2 pon solat sunat dgn alasan yg pelbagai. Tp yg selalu disebut ialah tak reti, taktau or surah panjang nk kena hafal and bla bla bla.. Bila dh terdesak nak sesuatu menda tu,baru la kalut cari Allah kan? TAK TAU ke TAKNAK TAU? Taktau bole belaja beb! Mana bole guna alasan taktau skrg ni.

Haha. Ok, sebenaqnya solat Dhuha ni dikatakan sebagai pembuka rezeki utk kita. Selalunya lepaih solat Subuh, hampa toksah tidoq sbb pagi2 la malaikat mai nak bagi rezeki pon. Hampa bole isi masa2 pagi tu dgn solat Dhuha ni la. Antara pukui 7 hingga pukui 1 atau 15 minit sebelum zohor. Ramai kata afdal pukui 9 pagi. Hampa bole buad 2, 4, 6, atau 12 rakaat. Ikut mana mampula. Ok,pahtu cara nk tunai pulak.


1. Rakaat Pertama "Allahuakbar"& Niat dalam hati :
  • "Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
  •   Baca Alfatihah hingga akhir
  •   Baca Surah, pendek pun orait ja. (paling elok surah As-Syams )

2. Rakaat Kedua  
  •   Baca Alfatihah hingga akhir
  •   Baca Surah, pendek pun takpa. (paling afdhal surah Addhuha)
  •   Tahiyyat akhir & Bagi Salam

3. Doa  
  •  Mohon Allah murahkan rezeki kita.. berkati kerja kita.
  •   Doa la pape je hampa nak.. mengadu lah kat Allah
  •   Paling baguih kalau hampa guna Doa ni khas untuk waktu Dhuha



Maksudnya:

 Ya Allah, 
sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, 
kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, 
kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu 
dan perlindungan itu perlindunganMu.

Ya ALLAH, 
jika rezekiku masih di langit, turunkanlah,dan
jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah,
jika haram, sucikanlah dan
jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
Limpahkanlah kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.. 

Settle! senang dak? Bole dak hampa buad? InsyaAllah, semua mesti bole pya! Yg penting, hampa jgn dok beriya buad yg hat sunat tp yg hat wajib 5 waktu tu hampa dok tinggai! Tak dpat la lagu tu.. Egt na, nak seribu daya, taknak seribu alasan!


No comments:

Post a Comment