Hello everyone! Alahai lama bebenor aku tinggaikn blog ni terbiaq gitu tanpa entry baru. Hihi. Aku busy menjalani hidup yg menarik dn mencabaq ini sampai dah semakin jauh dgn blog yg tersayang ini. Hahaha.. Poyos nak mampuih! Ok,back to the topic aku nak cita sikit pasai apa itu "Letting Go" atau "Moving On".. Hat ni la yg selalu orang dok sebot2 kalau putuih cinta kn? Tak bole nak let go la tak bole nk move on la, sedih la kuciwa merana nak mati bunuh diri la apala. Tengkorak kamu! Huwa3..
Narrow minded betoi sapa yg dok pikiaq bunuh diri tu mampu utk selesaikn masalah. Tau la sedih, marah, kuciwa tp toksah la dok biaq perasaan tu menguasai diri sendiri. Kita yg kena kawal perasaan, bukan perasaan kawal kita. Kalau dok biaq perasaan kawal kita, habehla syaitan pon dok hasut suruh bunuh diri la, soh bunuh orang lain la, soh toreh tangan la soh amik pil2 and what so ever utk tenangkan diri. Well, manusia suka sgt pilih jalan mudah utk selesaikn sesuatu masalah. Mana ada jalan mudah! Tau kan yg syaitan dah janji nk sesatkn anak2 Nabi Adam. So depa akn amik kesempatanlah waktu situasi kita yg tengah sedih, marah, kuciwa ni. Kita ni makhluk yg lebih mulia dari depa toksah biaq depa menang. Lawan! Bukak pemikiran tu lebaq2 naa..
Ala, aku bukan marah. Geram sikit ja. Hahaha. Ok, meh nak habaq mai. Letting Go atau bahasa melayu dia
Melepaskan BUKANLAH bermaksud
- kita kena lupakan dia teruih
- kita tak bole pikiaq atau ingat pasai dia langsung
- kita kena buad tak peduli semua pasai dia
-kita kena padam semua kenangan kita dengan dia
- kita harus mengisi kekosongan dalam hati selepas dia pegi
- kita kena lupakan kesedihan , tak bole menangis dan kena sembuhkan luka dihati
- kita mengalah dan berputuih asa
- kita menang atau kalah
Melepaskan TIDAK akan meninggalkan perasaan
- marah, dengki, dendam atau penyesalan
Melepaskan IALAH
+ kita menghargai kenangan dgn dia tetapi bukan hidup di dalam kenangan tu dan atasi kenangan tu supaya kita bole move on
+ kita kena bukak minda kita supaya lebih yakin menempuh masa depan dn hari2 yg akan datang
+ proses dimana kita belajaq sesuatu perkara, kita dapat pengalaman dari apa yg kita belajaq dan kita membesaq dgn pengalaman2 yg diperoleh
+ kita kena bersyukur dgn pengalaman yg dah buad kita gelak, buad kita teriak menangis dan menyebabkan kita membesaq dgn lebih matang
+ semua yang kita telah ada dan apa yang akan kita perolehi
+ keberanian dan kekuatan untuk kita teruihkan hidup maju ke hadapan
Haa! itu la dia semua yg dok buad silap bila nak letting go perasaan kita ni. Kita ni hidup happy la sikit. Banyak masalah pon happy la jugak. Kita senyum pon mampu jadikn mood kita gembira. Rajin2 senyum naa. Elakkan dok sorang2 dgaq lagu sedih. Memang nanty duduk dlm kenangan sedih ja. Pahtu lagu mana nk move on? Hahaha. Jangan biaq perasaan sedih, marah, kuciwa tu mnguasai diri. Kita membaziaq masa ja dok susah hati pikiaq pasai orang lain. Baik pikiaq pasai masa depan diri sendiri. Well, Allah kan ada. Jangan pernah putuih asa utk mintak tolong dari dia. La Tahzan sayang. :)
Akhirkata..
Letting go is growing up! :)