Tuesday, 5 August 2014

Tips Stalk Twitter Jangan Sampai Kantoi


Yo, aweks solehah dan pakwes soleh sekalian! Amacam cuti raya? Best tak korang?? Jadi la tu dpt cuti seminggu. Rasanya belum terlambat kot aku nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri kat semua umat Islam seluruh dunia. Kih3. Harini aku nak kongsi tips macam mana nak stalk seseorang tu tanpa kantoi.

Tak dapat diselindung lagi majoriti semua orang pon suka stalk kehidupan orang lain. Tetambah orang tu orang yg kita suka or sayang or musuh or kawan lama or yg takdak kena mengena pon kekadang kita stalk. Tapi kekadang tu kita macam tersilap sikit ja habeh kantoi yg kita stalk dia. Aku selalu jadi dah. Stalk twitter orang, terfavourite la,terfollow la. Ase macam nak nyorok masuk gua ooo.. malu ngat aih bila terkantoi. Haha. Oh,ya! Sebelum terlupa aku nak share tips ni utk stalk twitter je eh.

Pegang phone guna tangan kiri

Haa! Waktu hampa stalk seseorang tu pastikan hampa tak lupa nak tukaq tangan kiri dan scroll guna ibu jari kiri. Yela,butang favourite n butang follow kan belah kanan. So bila korang guna tangan kiri korang dapat elakkan drpd terfavourite atau terfollow orang tu.

Buad account private yg baru

Hat ni khas utk orang yg privatekn account twitter depa. Harini hmpa stalk elok ja. Tetiba esoknya orang tu dh protect akaun dia. Macam tau2 ja hampa stalk. Kah3. So caranya hampa buad account twitter yg baru dan pastikan hampa pon protect account jgak. Sebelum hampa follow dia,jangan bagi nampak sgt yg tu account yg baru buad. Nanty depa was2 nak accept follower request. Boh gambaq orang betoi, jgn amik gambaq kartun or artis. Curi la gambaq mak atau ayah hampa waktu muda mudi dulu ka. Hakhak. Then hampa tweet la banyak2 atleast smpai beratuih tweet. Orang lain bukan bole tgok tweet2 hampa pon sbb hampa protect. Follow orang bebanyak gak. Follower sikit takpa. Tak jadi masalah. Then bila account tu agak kukuh dh p follow orang yg hampa nak stalk tu. Kalau depa accept alhamdulillah la. Kalau depa tak follow hampa balik, itu baguih! Kalau depa follow,hampa reject. Jgn accept ye. Bukan depa egt pon yg depa penah antaq follower request kat hampa. Lepaih tu hampa bole stalk dgn aman guna tangan kanan pon takpa!! Sebab account hampa protect. Kalau hampa favourite ka, tweet pape kat orang tu pon depa takkan nampak. Takkan dapat notification. Tu la gunanya protect account. Hampa bole tweet dgn depa hari2 tanpa depa tau dan nampak. Hahaha.. syaratnya jgn accept follower request depa n kena protect account hampala.

Jangan perli, jangan cakap kat tempat lain 

Maksud dia kat sini, bila hampa dah stalk orang tu hampa toksah dok gatai nak perli2 tweet2 dia. Toksah bagi nampak yg hampa stalk dia. Mungkin hampa rasa orang tu taktau tapi mcam mana kalau orang tu pon dalam diam stalk hampa? Takpon ada orang lain yg bermulut jahat pegi report ka bila nampak tweet hampa tu. Haaa! Tak ke naya. So bila dah stalk tu dok diam ja buad macam hampa taktau pape. Jangan dok perli atau cakap pasai apa menda yg orang tu tweet. Sama ada kat memana laman sosial pon tau. Egt tu kalau taknak kantoi. Lainla kalau korang mmg nak orang tu tau korang stalk dia.

Okayy! Setakat tu dulu tips utk stalk tanpa kantoi. Lepaih ni kalau aku ada tips lain aku tambah naa.. cuba jgn tak cuba. Hihi. Adios!

Friday, 18 July 2014

Lelaki Tough? Biasa pon ok.



Oit! Hehe.. Cane hidup? Ada kemajuan tak? Dah ada impian hidup ke belom? Or masih tercari-cari identiti diri sendiri? Wakaka! Ok, saje je nk mukadimah dia buad macam iklan sikit. Huwa3.. Hari ni aku nak cakap pasai lelaki yang Tough! Zaman la ni orang pakat panggil Sado.

Dulu aku taktau pon maksud sado ni hape menda. So, aku tya orang. Dia habaq tough. Baru la aku tau. Tapi aku lebih suka sebot tough sebab baru nampak macam gah sikit. Sado macam nama sejenis gula-gula ja. Macam nak makan plak. Kwang3.. Tapi suka hati ikot sedap rasa korang la nak panggil apa pon kan.

Dari pemerhatian aku ramai pompuan sekarang ni demand gila nak laki yg badan ketak2 ketui2 ada six packs muscle pa menda tula. Tapi tak semua. Ada yg geliiiii! Aku ada sorang kawan yg geli tengok badan laki ketoi2. Ok, tak kesahla. Keinginan masing2. Ye, aku paham sedap mata memandang pemandangan ketak2 itu. Kalau nampak urat timbui kat tangan orang lelaki ni pon dh macam..... Waaaaa! Bhahahaha.. Ni apatah lagi muscle. Ye dok?

Aku mengaku la aku pon suka gak tengok laki tough ni. Tapi!!! Depends la jenih tough yg lagu mana. Bagi aku, jenih tough yg aku suka ialah yg tahap sederhana ja. Contoh


Justin Bieber



Liam Hemsworth



Zac Efron



Beau Mirchoff



David Franco



Taylor Lautner

Haaaa!! Semua jejaka diataih adalah yg memiliki badan yg tough tahap sederhana. Hahaha.. Aku taknak la noh gambaq dorang tak pakai baju kan. Satg tercemaq la blog aku ni. Kalau nak tengok search la sendiri. Seriously, tahap yg macam depa2 ni cukup la. Dah ok dah. Tak payah sampai badan macam Body Builder tu. BADAN MACAM THE ROCK SANGAT TURN OFF. Wahahaa! Geli la tengok badan macam The Rock atau body builder yg terlampau berketui-ketui. Ase macam......euwwwww~ Geli geli geli~

Hahahaa.. Itu aku punya pendapat ja. Kalau hampa rasa ok, okla. Terpulang la. Tapi ikhlas dari hati aku cakap, kalau hati dah sayang, kuruih kering macam mana pon sayang jugak. Gemok tembam pon sayang jugak. Takdaknya nak memilih-milih sangat. Memang terima ja kalau dah sayang tu. Lagipon laki yg tough ni akan menarik minat ramai perempuan dan korang akan berhadapan dgn ramai saingan. Pahtu kalau perempuan tu ramai lagi cantik cun melecun aku akan rasa insecure. Lelaki tu pulak rasa dia hensem ramai peminat lagi aku ni tauk tepi ja. Menyampahh! Hahaha. Ok, iu je. Adios!

Saturday, 12 July 2014

Header Transparent Aku Berjaya!



Hello! What's up guys? Sehat dak? How's your days during this Ramadhan? Ahaha.. Semoga semua sehat la ye. Maklum la musim buah-buahan bulan puasa ni. So ramai gak yg batuk la demam la kan? Harini nothing special just nak kongsi sikit kegembiraan aku sbb post2 sebelum ni asyik buad review utk buku2 yg aku penah baca je. Hihi..

Nampak tak wajah baru blog aku?? Hahaha. Takdak la lawa mana but aku berjaya buad header transparent sendirik!! Tau dak aku dah search dan cuba buad memacam tutorial yg ramai orang dok habaq tu. Still tak jadi. Taktau la kalau aku ni yg hampeh tak reti buad kan? Haha.. Apapon aku dah jumpak jalan penyelesaiannyaa.. Horayy!

Waktu aku dok godek2 google cari doodle muslimah yg cute2, aku jumpak satu doodle yg comel gila and aku pegi kat website tu. Teruih aku terpegun sbb kat situ pelukih kartun anime punya tempat. Memang banyak gila la yg terer2 melukih guna komputer ni upload dorang punya hasil karya kat situ. Aku pon sign up account sbb dh punya teruja. Apalagi? Experiment time la!

Aku bukannnya reti melukih bagai ni. Bakat melukih tu hampeh. 0% baq hang. Tapi aku just buad tulisan la macam yg kat header aku ni. Then tambah doodle. Awww! Menjadik wehh! Hahaha.. Alangkah gumbira gela! Teruih aku pon tukaq background, tambah beberapa widget nak bagi cute sikit blog. Muahaha!! Pueh hati bila tengok something yg cute depan mata n paling best my own blog yg cute! KAhkahkah! Perasannn!!

Ala, perempuan kan.. Mesti la suka hat yg cute2. Aku pon gitu gak. Oklah tu je nak kongsi. By the way website yg aku buad ni nama dia deviantART. Korang search la. Sign up dan pahtu pepandai korang la cipta apa yg patot. Yang mmg gela anime n pamdai melukih guna komputer sgtla digalakkan sign up. Boleh kembangkan korang punya bakat. Cuba jela. Tak rugi. K, adioss!

Review Buku FIXI Asrama by Muhammad Fatrim


Review seteruihnya tentang Buku FIXI tajuk Asrama by Muhammad Fatrim.


Buku ni tentang sorang remaja pompuan nama Dahlia yg bersekolah kat sekolah yg baguih. Kiranya dia ni budak Bijak la. Tapi dia takmau sekolah situ. Jenuh dia pujuk ayah dia nak tukaq sekolah. Ayah dia tak bagi la sbb dah elok2 sekolah baguih nk pindah buad apa. Tapi bila Dahlia libatkan atok dia, ayah dia terpaksa beralah.

Bila dah pindah, Dahlia ada la tiga orang roomates dan depa pon jadi geng. Ketua Dahlia la. Tapi asrama kat situ rupanya ada kes buli membuli ni. Ada geng yg dipanggil Queen ketua segala pembuli dn anak buahnya geng Princess. Bila tak tahan kena buli, Dahlia cadang nk balaih dendam. So, malam tu depa pon main spirit of the coin. Depa nak hapuskan ketua geng Queen nama Sarah. Sejak dari tu, memacam la perkara pelik jadi kat Dahlia ni. Sarah plak kena rasuk.

Dia ada classmate nama Maria yg selalu bagi dia amaran dn nasihat dia memacam. Tapi dia macam tak bape suka dn anggap Maria ni macam pelik dn suka nyebok. Dekat belakang asrama plak ada sebuah pokok yg kononnya dikatakan ada penunggu. Pakcik guard sekolah tu plak selalu bagi makan kt penunggu tu. Ayah sarah plak macam kenai dn rapat dgn pakcik guard tu. Dahlia macam tak suka sbb pakcik guard tu selalu tgok dia dgn bengis.

Dalam ni jugak ada bibit cintan cintun Dahlia dgn ketua pengawas sekolah tu. Sarah plak selalu kong sekolah dgn pakwe dia smpai satu hari tu dia betoi2 hilang entah ke mana. Pahtu plak ada rahsia terbongkaq mengenai pokok tu. Ada kena mngena dgn Dahlia semestinya. Baru dahlia tau mana hantu mana manusia. Hahaha.. Tapi ending dia paling takley balah. Aku nak gelak ke nak takut ke, aku pon tak pasti. Hihi..

Oleh itu aku bagi 4.3 bintang! Bole pegi beli sbb tak rugi. Aku jamin. Adios!

Friday, 11 July 2014

Review Buku FIXI Kacau by Ariff Adly


Hello! Aku nak buad review utk novel FIXI tajuk Kacau by Ariff Adly.


Cite dia tentang sekumpulan kawan yang suka sangat nak tengok hantu. Depa suka la macam duduk kat bangunan or rumah yang dah lama tak berpenghuni pahtu tunggu tengok kot jumpak hantu. Keje gelaa kan?? Tapi adventure apa! Hahaha.. One day, dorang pegi kat sebuah bangunan yg dulunya supermarket kot kalau tak silap aku. Depa punya pandai sangat pegi main spirit of the coin plak. Tau la menda tu ada syarat n pantang larang en? Nak jadikan cite dorang terlanggaq syarat hantu tu.

Sejak tu memang macam2 menda pelik menghantui depa. Setiap depa akan alami menda yang menakutkan. Hantu tu kacau setiap sorang. Sampai la menimbulkan kematian yang dasyat. Sejak tu memasing dah mula hidup dalam ketakutan dah dan tak senang duduk r. Yang disangka manusia, rupanya hantu. Haa! Tak ke seram? Ihihi. Menyesai apa semua pon tak guna dah. Disebalik semua ni ada misteri plak yang depa tak tau. Sapakah dalangnya? Jeng Jeng Jeng!

Bacala sendirik! Hahaha.. Serius aku cakap buku ni paling seram gelaa. Hampa baca hampa bole rasakan yg hampa dok dalam cite tu. Hampa rasa hantu tu kat sebelah hampa. Nasihat aku sapa yg lemah semangat tu jangan baca sorang2. Baca tempat yg ramai orang dan waktu siang. Sebab mmg SERAM!! Cara hantu2 ni kacau, cara kemaian yang dasyat. Fuhh! Cayala penulis buku ni. Syabas!! Tak nyesal langsung beli. Hahaha..

Aku bagi 4.8 bintang!! Beli now!!! Adios!

Thursday, 10 July 2014

Review buku FIXI Gantung by Nadia Khan


What's up guys? Harini aku nak buad review pasai novel2 terbitan Buku FIXI. Kalau korang nak tau apa tu Buku FIXI korang just boleh search google je. Banyak akan kuaq nty. Hihi.. Aku first time beli memang teruih jatuh cinta dan sanggup kumpui duit nak beli lagi. Rasa berbaloi. Haha



Buku first yg aku beli ialah Gantung by Nadia Khan. Buku ni pasai empat budak remaja lelaki yg nakal dn sosial. Dorang ni satu geng la. Dalam geng ni ada ketua dn ketua tu ialah Gibran. Gibran ni dia wujudkan satu peraturan dlm geng dorang yg diberi nama musketeer code. Dimana motto dia "no all for one, just one for all." Kiranya dorang takleh ada girlfriend tetap tapi skandal boleh dan depa berempat akan merasa skandal tersebut. Korang paham dak maksud aku? Hahaha.. Tak paham pn buad2 paham jela.

Si Gibran ni dah lama jatuh cinta kt sorang minah nama Farah. Tapi farah ni macam juai2 mahal memula. Garang konon. Lelama baru la mula melayan dan suka. Si kawan baik farah ni pulak syok kat Gibran. Dan dia jenih psiko gela. Pelik. Bila si Gibran ni dah dapat Farah, dia macam taknak kongsi la dengan member2 yg lain. Sayang la katakan. Padahal dia sendirik yg buad peraturan gitu. Dia sorok la hubungan dia dengan Farah ni. Tapi si kawan farah ni dapat tau dan dia p habaq kat tiga orang lagi. Dia kata Gibran khianat depa la sbb takmau kongsi Farah. Siap main ugut2 lagi.

Yang paling best sekali ialah kawan2 Gibran ni tak marah pon dan depa paham. Depa kasi can la kat Gibran dgn Farah. Depa plak berpakat nak kenakan si kawan farah yg dok ugut2 tu. Depa buad something yg memang agak kejam la. Sampai si kawan farah tu gantung diri. Start pada situ la hidup depa ni penuh dgn ketakutan, kekadang depa gado. Dan aku sebenaqnya tak sangka ending dia macam tu. Selebihnya korang kena baca sendirik la. Baru feel!

Memang superb la baq hang. Bukannya seram semata-mata. Dia masukkan pelbagai unsuq dalam ni. Bila gabung perghh! Syabas kpd penulis. Aku rasa korang pon takkan expect ending dia mcm tu. Korang memang tak bole nak skip sikit pon. Korang jadi nak tau lepaih tu apa apa dan apa. Kiranya nonstop baca satg. HAhaha.. Aku kasik 4.4 bintang!! Dah g beli. Adios!