Friday, 11 July 2014

Review Buku FIXI Kacau by Ariff Adly


Hello! Aku nak buad review utk novel FIXI tajuk Kacau by Ariff Adly.


Cite dia tentang sekumpulan kawan yang suka sangat nak tengok hantu. Depa suka la macam duduk kat bangunan or rumah yang dah lama tak berpenghuni pahtu tunggu tengok kot jumpak hantu. Keje gelaa kan?? Tapi adventure apa! Hahaha.. One day, dorang pegi kat sebuah bangunan yg dulunya supermarket kot kalau tak silap aku. Depa punya pandai sangat pegi main spirit of the coin plak. Tau la menda tu ada syarat n pantang larang en? Nak jadikan cite dorang terlanggaq syarat hantu tu.

Sejak tu memang macam2 menda pelik menghantui depa. Setiap depa akan alami menda yang menakutkan. Hantu tu kacau setiap sorang. Sampai la menimbulkan kematian yang dasyat. Sejak tu memasing dah mula hidup dalam ketakutan dah dan tak senang duduk r. Yang disangka manusia, rupanya hantu. Haa! Tak ke seram? Ihihi. Menyesai apa semua pon tak guna dah. Disebalik semua ni ada misteri plak yang depa tak tau. Sapakah dalangnya? Jeng Jeng Jeng!

Bacala sendirik! Hahaha.. Serius aku cakap buku ni paling seram gelaa. Hampa baca hampa bole rasakan yg hampa dok dalam cite tu. Hampa rasa hantu tu kat sebelah hampa. Nasihat aku sapa yg lemah semangat tu jangan baca sorang2. Baca tempat yg ramai orang dan waktu siang. Sebab mmg SERAM!! Cara hantu2 ni kacau, cara kemaian yang dasyat. Fuhh! Cayala penulis buku ni. Syabas!! Tak nyesal langsung beli. Hahaha..

Aku bagi 4.8 bintang!! Beli now!!! Adios!

Thursday, 10 July 2014

Review buku FIXI Gantung by Nadia Khan


What's up guys? Harini aku nak buad review pasai novel2 terbitan Buku FIXI. Kalau korang nak tau apa tu Buku FIXI korang just boleh search google je. Banyak akan kuaq nty. Hihi.. Aku first time beli memang teruih jatuh cinta dan sanggup kumpui duit nak beli lagi. Rasa berbaloi. Haha



Buku first yg aku beli ialah Gantung by Nadia Khan. Buku ni pasai empat budak remaja lelaki yg nakal dn sosial. Dorang ni satu geng la. Dalam geng ni ada ketua dn ketua tu ialah Gibran. Gibran ni dia wujudkan satu peraturan dlm geng dorang yg diberi nama musketeer code. Dimana motto dia "no all for one, just one for all." Kiranya dorang takleh ada girlfriend tetap tapi skandal boleh dan depa berempat akan merasa skandal tersebut. Korang paham dak maksud aku? Hahaha.. Tak paham pn buad2 paham jela.

Si Gibran ni dah lama jatuh cinta kt sorang minah nama Farah. Tapi farah ni macam juai2 mahal memula. Garang konon. Lelama baru la mula melayan dan suka. Si kawan baik farah ni pulak syok kat Gibran. Dan dia jenih psiko gela. Pelik. Bila si Gibran ni dah dapat Farah, dia macam taknak kongsi la dengan member2 yg lain. Sayang la katakan. Padahal dia sendirik yg buad peraturan gitu. Dia sorok la hubungan dia dengan Farah ni. Tapi si kawan farah ni dapat tau dan dia p habaq kat tiga orang lagi. Dia kata Gibran khianat depa la sbb takmau kongsi Farah. Siap main ugut2 lagi.

Yang paling best sekali ialah kawan2 Gibran ni tak marah pon dan depa paham. Depa kasi can la kat Gibran dgn Farah. Depa plak berpakat nak kenakan si kawan farah yg dok ugut2 tu. Depa buad something yg memang agak kejam la. Sampai si kawan farah tu gantung diri. Start pada situ la hidup depa ni penuh dgn ketakutan, kekadang depa gado. Dan aku sebenaqnya tak sangka ending dia macam tu. Selebihnya korang kena baca sendirik la. Baru feel!

Memang superb la baq hang. Bukannya seram semata-mata. Dia masukkan pelbagai unsuq dalam ni. Bila gabung perghh! Syabas kpd penulis. Aku rasa korang pon takkan expect ending dia mcm tu. Korang memang tak bole nak skip sikit pon. Korang jadi nak tau lepaih tu apa apa dan apa. Kiranya nonstop baca satg. HAhaha.. Aku kasik 4.4 bintang!! Dah g beli. Adios!

Tuesday, 1 July 2014

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 2014



Haii! Apa habaq? Semoga sehat selalu dn semoga takdak jerawat di muka yg tumbuh. Wahaha. Selamat Menyambut Bulan Ramadhan semuaaa!! Yay! Alhamdulillah aku dapat lagi sambut bulan ramadhan pd tahun ni. Maafla ramadhan keempat baru dapat update blog ni haa.

So how's your day? Macam mana persediaan bulan puasa korang tahun ni? Masih tidoq lepaih sahur kah? Masih malaih untuk pegi terawih kah? Masih suka membuta sampai petang dgn alasan penat berpuasa kah? Masih membaziaq membeli se tan makanan di bazar ramadhan kah? Masih tidak membuka al-Quran dan membacanya kah? Masih tidak mampu menjaga mata daripada melihat menda yang tidak elokkah? Masih tidak dapat menjaga mulut daripada mengumpat, memfitnah, mengejek dn mengutuk kah? Kah? Kah? Kahkahkahkah.. Apalagi kah?



OK! Maaf bergurau ja. Meh kita ke arah positif la ye dok? Seperti tahun yang sebelum-sebelum ni, bila bulan puasa tiba mesti pakat ramai menanam azam utk puasa penuh, khatam al-Quran, tak tinggai terawih dn memacam lagi perkara yg baik. Alhamdulillah. Ada yg azam tu kesampaian tapi ada jgak tak kesampaian. Papepon dah berazam, maksud dh berniat dlm hati tu dah dikira baguih dah tu. Sampai tak sampai tu lain cita la. Tengok usaha memasing la jugak macam mana cara utk capai azam tu kan. Hihi..

Ok, akhir kata semoga ramadhan kita pada tahun ini penuh dengan keberkatan dan semoga kita dapat banyakkan amal ibadat dn dapat mengawal nasfu yg tak baik. Peace!

Wednesday, 4 June 2014

Letting Go, Moving On



Hello everyone! Alahai lama bebenor aku tinggaikn blog ni terbiaq gitu tanpa entry baru. Hihi. Aku busy menjalani hidup yg menarik dn mencabaq ini sampai dah semakin jauh dgn blog yg tersayang ini. Hahaha.. Poyos nak mampuih! Ok,back to the topic aku nak cita sikit pasai apa itu "Letting Go" atau "Moving On".. Hat ni la yg selalu orang dok sebot2 kalau putuih cinta kn? Tak bole nak let go la tak bole nk move on la, sedih la kuciwa merana nak mati bunuh diri la apala. Tengkorak kamu! Huwa3..

Narrow minded betoi sapa yg dok pikiaq bunuh diri tu mampu utk selesaikn masalah. Tau la sedih, marah, kuciwa tp toksah la dok biaq perasaan tu menguasai diri sendiri. Kita yg kena kawal perasaan, bukan perasaan kawal kita. Kalau dok biaq perasaan kawal kita, habehla syaitan pon dok hasut suruh bunuh diri la, soh bunuh orang lain la, soh toreh tangan la soh amik pil2 and what so ever utk tenangkan diri. Well, manusia suka sgt pilih jalan mudah utk selesaikn sesuatu masalah. Mana ada jalan mudah! Tau kan yg syaitan dah janji nk sesatkn anak2 Nabi Adam. So depa akn amik kesempatanlah waktu situasi kita yg tengah sedih, marah, kuciwa ni. Kita ni makhluk yg lebih mulia dari depa toksah biaq depa menang. Lawan! Bukak pemikiran tu lebaq2 naa.. 

Ala, aku bukan marah. Geram sikit ja. Hahaha. Ok, meh nak habaq mai. Letting Go atau bahasa melayu dia

Melepaskan BUKANLAH bermaksud

- kita kena lupakan dia teruih
- kita tak bole pikiaq atau ingat pasai dia langsung
- kita kena buad tak peduli semua pasai dia
-kita kena padam semua kenangan kita dengan dia
- kita harus mengisi kekosongan dalam hati selepas dia pegi
- kita kena lupakan kesedihan , tak bole menangis dan kena sembuhkan luka dihati
- kita mengalah dan berputuih asa
- kita menang atau kalah

Melepaskan TIDAK akan meninggalkan perasaan
- marah, dengki, dendam atau penyesalan

Melepaskan IALAH

+ kita menghargai kenangan dgn dia tetapi bukan hidup di dalam kenangan tu dan atasi kenangan tu supaya kita bole move on
+ kita kena bukak minda kita supaya lebih yakin menempuh masa depan dn hari2 yg akan datang
+ proses dimana kita belajaq sesuatu perkara, kita dapat pengalaman dari apa yg kita belajaq dan kita membesaq dgn pengalaman2 yg diperoleh
+ kita kena bersyukur dgn pengalaman yg dah buad kita gelak, buad kita teriak menangis dan menyebabkan kita membesaq dgn lebih matang
+ semua yang kita telah ada dan apa yang akan kita perolehi
+ keberanian dan kekuatan untuk kita teruihkan hidup maju ke hadapan

Haa! itu la dia semua yg dok buad silap bila nak letting go perasaan kita ni. Kita ni hidup happy la sikit. Banyak masalah pon happy la jugak. Kita senyum pon mampu jadikn mood kita gembira. Rajin2 senyum naa. Elakkan dok sorang2 dgaq lagu sedih. Memang nanty duduk dlm kenangan sedih ja. Pahtu lagu mana nk move on? Hahaha. Jangan biaq perasaan sedih, marah, kuciwa tu mnguasai diri. Kita membaziaq masa ja dok susah hati pikiaq pasai orang lain. Baik pikiaq pasai masa depan diri sendiri. Well, Allah kan ada. Jangan pernah putuih asa utk mintak tolong dari dia. La Tahzan sayang. :)

Akhirkata..
Letting go is growing up! :)

Friday, 9 May 2014

perempuan pendek comel, perempuan tinggi menarik



Hello , mello ladies and gentlemen! Ehhh! Cop, cop! Ladies ja.. Ekeke.. Sebab entri ni tentang ladies a.k.a perempuan. Yup, macam tajuk hat kat ataih tu, kebanyakkan antara kita asyik dok puji perempuan rendah ni comel. Maybe untuk tambah keyakinan perempuan2 yg rendah ni agar depa tak merendah diri yg sedia memang rendah tu. Hahaha.. Well,aku pon rendah n selalu kena ejek gak so aku paham la perasaan dia cemana.

Tapi! Haa.. Ada tapi dia. Bagi aku la kan, walau macam mana pon orang ramai dok habaq yg perempuan rendah ni comel atau kebanyakkan laki suka perempuan rendah atau lelaki tinggi dgn perempuan rendah ni cute ka apa ka, aku tetap rasakan bahawa perempuan tinggi ni lebih ATTRACTIVE. Sebab apa? Sebab perempuan tinggi ni memiliki kaki panjang yg sangat cantik. Maksud aku kaki panjang yg slim dan cantik. Depa jugak ada kelebihan dalam pemilihan pakaian. Pakai apa pon lawa ouh dan depa bole pakai pakaian tu dengan level confident yg tinggi tanpa kekok. 

Kalau aku kan, pakai suaq jeans mesti kena kerat tang kaki tu sebab panjang sangat. Ada jugak certain2 baju yg boleh dijadikan jubah padahai orang lain pakai tara bawah punggung ja. Hahaha! Heh! Ouh, sebelum tu!! perempuan tinggi yg aku maksudkan tu yang jenih2 mcm ni yee..


Taylor Swift


Rosie Huntington Whiteley


Shin Min Ah
Setiap kali tengok depa ni, aku rasa jeles gelaa arh! Tengok la kaki2 depa. Lawa arh! Kaki slim panjang.. Hahaha.. Bukan nak kata aku tak bersyukur dgn ketinggian aku ni. Bersyukur sgt weh sempurna anggota badan semua cukup. Alhamdulillah. Ni cuma aku pya pendapat dan bentuk badan depa ni mmg menarik la bagi aku. Terutama kaki dan perut yg flat. Fuhh~

Ahahaha! Woi! Bunyik macam lesbian. Kwang3.. Dakkk.. Bukan macam tu naa.. Aku straight lagi ok. Jangan risau, aku belum terpesong. Ahaha.. Perempuan kan ada 9 nafsu so, ni salah satunya la ni. Nafsu utk memiliki badan mcm ni. Agagaga.. ok,babai!

Friday, 25 April 2014

mak gua special sangat-sangat



Yo! Ahaaa! Mak gua special sesangat!! Kenapa? Sbb dia lain dari lain dan sangat memahami dan sangat baik and she's a perfect mother for me dan sayang mama sesangat!!! Hahaha.. Taktau cemano nk habaq tapi yela semua orang pon sayang mak dia kan? Semua orang pon akan anggap mak dia segalanya.. Yang tak sayang tu dia ada masalah jiwa, hati dan mental. Huwa3.. Samala aku pon sayang mak aku! Alhamdulillah Allah kurniakan aku seorang mak yg macam Puan Sri Maryati ni.. 

Sebenaqnya pagi semalam mak aku tetiba bagi dua helai kertaih. Dia habaq "Bacalah, ni baguih untuk hang ni". Ok,memula aku macam tak berminat sangat dengan kertaih tu. Tapi amik baca gakla. And yea, it's worth it! Isi kertaih pertama tu ialah tentang wanita. Kiranya dia menerangkan tentang sifat wanita, kepentingan wanita, nasihat utk para lelaki mendidik seorang yang bernama wanita dn panduan or sebagai persediaan mencari isteri atau mendirikan rumahtangga. Kertaih kedua pulak lebih ditujukan kpd hat mana yg dok patah hati, kecewa bercinta, ditinggalkan kekasih, memberi semangat baru, bole dijadikan doa selepas solat utk menguatkan jodoh sesuatu perhubungan ataupun kiranya semua berkenan jodoh dn nak bagi kita sedaq yg cinta Allah lah satu-satunya cinta yg abadi.




See?? What is the main reason my mother gave me this? like seriously? Did she know anything about me? About my problem? Did she know what is in my heart? Sebab mmg tak la aku nak cite apa2 pasai cintan cintun kat mak aku. Aku rasa betoila kata orang, ibu ni dia ada firasat yg kuat tentang anak dia. Sentap tu ada, tapi terkejut lebih banyak la.. Pergghh! Dasyat mama ni. Suruh aku baca menda2 yg mcm ni. Maybe mama rasa aku dh dewasa kot. Wakakaka! Hey, i'm eighteen okay? :P Dan utk pengetahuan semua isi kandungan kertaih tu semua aku dah tulih dalam blog ni. entri aku yg sebelum ni la. nak tau? Nak baca? Pegi cari entri sebelum ni. Jadi itu semua bukan hasil tulisan aku yee.. Jangan salah paham. Aku just salin balik dalam blog utk perkongsian. Mana tau bole tolong apa yg patut dn bagi faedah kt semua.

Pahtu kan, sebenaqnya mak aku ni kekadang magic tau. Taktau la nak habaq cemano. Selalu buad perkara yang mengejutkan. Perkara superb yg aku sendiri pon tk penah terpikiaq. Pasai makanan, pasai menjahit, pasai tanaman, pasai anak2 dn memacam lagi lah yg mak aku buad something yg mmg aku takkan lupa. Aku nk cite perkara2 tu tapi ase macam tak bole. Sebab nanti orang lain gelak. Hahaha.. No no no.. Biaq aku dn mak aku ja tau. Secara jujuqnya bukanlah perkara tak elok naa.. Jangan pikiaq bebukan plak. Pelangkung satg! Mana nk dapat mak yg RARE macam puan Sri Maryati ni? kekeke.. XD

Dan apa yang mak aku cakap tu kalau aku ikot mesti hasil dia baguih! Tak cakap semua tapi hampir kesemuanya la.. Well, mak aku seorang yg jarang bebenor merungut. Baguihlaaaa! Ish, mak sapaa laa ni.. Hakhak! mak aku walaupon politik dia lain daripada kawan2 dia.... Wlaupon kengkawan dia selalu hentam dan kutuk politik yg disokong mak aku.... Mak aku tetap tak kesah. Masuk telinga kanan kuaq telinga kiri. Peduli apa kan? Yess! Syabas mama! You go girl! Muahaha! 

Oklaaaa!! Itu je nak habaq. gua berbangga memiliki seorang ibu macam Puan Sri Maryati. Semoga Allah sentiasa memberkati mama dan berikan mama kebahagiaan dunia akhirat. Teeheee.. Kitee maluu.. :P kahkahkah.. Blahh r.. ok, adios! amigos!



P/S kita kan kalau tengok muka mak kita hari2 pon dapat pahala tau.. Apatah lagi kalau rajin tolong mak. so, apa lagi? taknok pahala ke? ehehehe.