Saturday, 5 April 2014

Assalammualaikum papa! Hello dad!


Assalammualaikum papa! ihihi.. excited r nk tulih entry kali ni. well, papa tak sempat tengok result PMR unah dulu. la ni result SPM pon papa tak sempat tengok gak. kan best kalau papa boleh tengok. at least papa bole tolong bagi cadangan utk masa depan unah. because you know it very well! sekarang unah dah keje tau. jadi waiter je. unah kena keje sebab taknak asyik mintak duit kat mama.. yea, basically unah mmg ikot perangai papa yg sgt berjimat cermat tu. ehehe.. but, unah betoi2 ada menda nk buad dgn duit. and.... takmau susahkan mama. dh banyak dh unah susahkn mama. biaq unah belajaq berdikari.

ahaa! lesen moto n lesen keta unah luluih dah dua2. sekali je tau papa! hebat tak? huwa3.. yee.. unah tau papa takkan benaqkan unah amik lesen moto apatah lagi lesen keta. dan kalau papa tau unah keje sambilan ni, mmg papa akan bangkang habeh-habesan! tapi... unah tetap amik lesen moto n keta sebab kalau unah takdak semua tu, unah akn menyusahkan byk pihak. dulu bole la papa amik hantaq unah. dulu unah ni dimanjakan sangat. papa bawak keta bukannya mata nampak sangat. dengan saked kaki lagi.. tapi papa tetap amik n antaq unah pegi skola dulu. u know what? bersyukurnya unah dapat kedua ibubapa yg sangat the best in da world! untung sangat2..

unah tau unah ni degil dan pemalaih. selalu buad papa dgn mama susah hati dgn perangai unah. minta maaf yee.. unah sayang papa dgn mama. dulu papala penyeri keluarga dn umah kita tu. papa selalu buad lawak. papa suka usik mama sampai mama tak bole benti gelak. unah rasa mungkin itu sebabnya mama bole jatuh cinta dgn papa. ehehehe.. papa, tiqah dgn abang mat dh tunang. maybe raya tahun ni nikah. hehe.. Alhamdulillah.. lepaih ni tinggai unah jela yg maseh bujang ye dok? hahaha.. unah harap papa tak tau dn tak amik tau pasai hal unah kt dunia skrg ni. bukan apa, unah takut papa kecewa..

kecewa dgn unah yg tergedik-gedik nak bercintan cintun bagai. padahai umoq bawu bape ja. well, unah sebenaqnya taknak cintan cintun pon. unah tau couple haram dn Alhamdulillah sejak unah lahir smpaila skrg, unah masih tak penah couple. tapi unah tak bole halang hati ni untuk mempunyai perasaan dekat insan yg bernama lelaki. tak bole la papa. susah. macam mana papa bole jatuh cinta dekat mama? unah tya sebab unah rasa sakit la bila jatuh cinta. papa dgn mama sakit tak dulu? dunia ni memang rupalistik ke? haha.. hajat unah nk berwalikan papa suatu hari nanti tak kesampaian la. huuu~ papa, rindulah. rindu nak dengaq papa bersin, papa batuk, papa gelak, papa berdengkuq, papa melawak, papa menyanyi, papa mengaji. rindu misai papa, perot papa, hahahaha.. everything about you.

papa, nanti kalau unah dpat sambung belajaq, tolong doakan yg unah betoi2 fokus dn dapat kejayaan dunia akhirat ye.. unah taknak la sedih2. unah taknak terpedaya dengan tipu muslihat duniawi. alahh.. papa, banyak sangat kenangan kita sekeluarga. byknya kenangan kita berdua. alaaa.. rindunyaaaa.. kalau nk sebot kat sini sampai bape juta perkataan pon tak habeh. ok,la.. teremosional pulak. hehe.. babai papa. Assalammualaikum, lelaki terhebat yg penah saya ada di dunia. Mohd Jaafar bin Ismail. :DDD

Thursday, 3 April 2014

i'm a waiter. huh?


 hoiiiii!!! lamanya tak update blog ni.. hehe.. busy busy busy.. haha.. bajet betoi. baca tajuk kat ataih. betoi la tu. aku dah keje sambilan as a waiter sekarang. tak tya pon.. hahaha.. woii! biaq p la aku nk habaq. aku nk cite ni. baik hampa baca!! ok, first day aku agak malu2 dn semuanya kelam kabut sikit. yela, aku dok terkial-kial lagi sebab taktau sangat kan.. tapi Alhamdulillah semuanya ok. hari seteruihnya makin baik.

masuk minggu kedua aku dah mula hilang semangat.. sebab apa? aku takdak cuti! hari2 keje dari pagi sampai petang. no more enjoy with friends.. :( online pon jarang dah sebab penat kan. malam kena tdoq awai.. takley kuaq p memana sbb tkdak cuti. nak tengok liverpool lawan pon susah!! sebabtu la kmi hilang semangat nak keje.. ase lifeless gelaaaa! dulu waktu tak keje, kemain nak keje sgt sebab ase dok umah gemokkan badan tu lifeless.. skrg ni keje pon lifeless.. ngek punya sai!! hahaha...

setiap hari aku akan ckp kat diri sendiri utk lebih bersemangat bekerja. memang kalau nk diikotkan, aku hampir nak benti dah. tapi disebabkan aku rasa yg aku masih mampu bertahan.. so aku teruihkan. semangat perlu ditingkatkan! fighting! sekarang dah masuk minggu ketiga dah pon.. and semuanya berjalan lancaq.. :))))  aku egt nak keje sampai bulan lima ja.. sebab akhir bulan 5 ada cuti sekolah dua minggu.. for sure kakak abang balik and i wanna enjoy myself with them! urghh! i love my family so so much..!! muahahha..!! lagipon baru semalam bos ckp yg aku dapat cuti hari ahad. akhirnyaaa.. ada cuti!! lega baq hg,. Alhamdulillah.. so lepaih ni insyaAllah takdak pape masalah dah. hehe..

oh,ya! pasai sambung belajaq of coz aku nak!! dah isi memacam jenih universiti n kolej dah.. setiap hari aku akan tunggu surat tawaran der.. balik keje je aku akan tya mama aku sama ada aku dapat pape surat ke dak.. ada tu ada.. tapi swasta.. and paham2 jela kalau swasta tu memang mahai la cita dia! orang kaya ja la mampu pegi.. hakhak.. pape pon aku tetap tunggu IPTA jugakk.. kalau tak  dapat baru ikhtiar cara lain. jangan risau, insyaAllah rezeki ada tu. hikhik. aaaaaaaaaaa.. takutnya nak teruihkan hidup sebagai siswazah pulak pahni. wakaka.. berangan dah.. -,-

orait, itu jela kot nak kongsi cite kat hampa.. maseh sebab baca.. tau tak penting pon tapi nak habaq jugakk.. wekkkk! ok,chau! adios amigos!

Tuesday, 11 March 2014

cara solat sunat hajat


yosh! harini kita belajaq macam mana nak solat sunat hajat. manusia ni bila dia mahukan sesuatu menda tu atau dia di dalam kesulitan, kesusahan atau mendapat sebarang musibah, barula cari Allah kn? barulah nak pegang Al-Quran. barulah nak belajaq solat sunat hajat ni. manusia la katakan. hmm.. tapi takpa,selagi belom terlambat, meh la kita belajaq solat sunat hajat! tambah2 lagi bebudak yg tengah ada exam, tengah tunggu result SPM, tengah hadapi kesulitan hidup mahupun sesiapa yg berkeinginankan sesuatu.


Tujuan kita solat hajat ni sebenaqnya untuk

+ untuk mendekatkan diri kepada Allah
+ untuk memohon hajat untuk diri sendiri mahupon orang lain
+ mendidik jiwa redha dengan ketentuan Allah
+ mengakui kelemahan diri sendiri

Cara menunaikan solat sunat hajat

1. Lafaz niat solat sunat hajat ialah :

solat sunat hajat
Maksud: Sahaja aku solat sunat hajat dua rakaat kerana Allah taala

2. Pada rakaat pertama baca doa iftitah, surah al-fatihah kemudian baca surah Al-kafirun atau
    Ayat Al-Kursi (sebanyak 1 kali atau 11 kali).

3. Pada rakaat kedua surah al-fatihah kemudian baca surah Al-ikhlas  (sebanyak 1 kali atau 11 kali).

4.  Sebaik sahaja selesai solat (selepas memberi salam), terus sujud sekali lagi dan bacalah
     tasbih ini sebanyak 41 kali


Tasbih Hajat
"LA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ ZHOOLIMEEN"

Maksudnya: Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini dari golongan orang yang aniaya.

5. Selepas membaca tasbih tersebut anda berdoalah untuk memohon hajat (masih dalam
    keadaan sujud)

tapi!! haruslah hampa ingat naa.. jangan dok gatai mintak hajat menda yg tak baik atau mengarut-ngarut. satg kot kecewa kalau Allah tak makbulkn atau menda lain pulak Allah bagi.. haa.. kan haruu!
Hajat yang sesuai dimintak

  • Mendapatkan kebaikan di dunia seperti cemerlang dalam peperiksaan. Keamanan dan dimurahkan rezeki.
  • Mendapat kebaikan di akhirat seperti menjadi orang yang istiqamah dalam ibadah.
  • Menjauhi keburukan dunia seperti kegagalan dalam hidup, penyakit, kemiskinan dan sebagainya.
  • Menjauhi keburukan akhirat seperti perbuatan maksiat, mungkar dan sebagainya

wokey! semua ni credit kepada blog INI. terima kasih yaww! aku hanya berkongsi ilmu. :D oleh kerana baru2 ni kita semua dikejutkan dengan sesuatu peristiwa ganjil iaitu kehilangan malaysia airlines MH370 jadi aku rasa marilah kita sama2 rajinkan diri buad solat-solat sunat apa2 yg patut ye.. doa bebanyak. yang lain kita serahkan kepada yg Allah S.W.T.  adios!

Tuesday, 25 February 2014

macam mana nak tangani ketakutan dan kecemburuan?

yo! harini rasa nak tulih blog sebab akaun twitter aku dah deactived. haha.. aku sedang cuba menahan diri daripada stalk dia. so,deactived is the best way. actually tiga hari yg lepaih dia ada tweet tanpa mention sorang gadis yg sama umoq dgn aku. aku taktau kat mana dorang kenai, bila dorang kenai dan lantakla. sebab aku takdak hak pon nak tau.
 
nak dipendekkan cite, aku jeles sebab dulu dia tweet tanpa mention dgn aku. sekarang dgn gadis tu. gadis tu pon ada blog macam aku dan dia selalu baca blog gadis tu. gadis tu setiap hari stalk dia sama macam yg aku selalu buad dulu sampai sekarang. paling tak bole blah gadis tu memang double triple cun dari aku. dia ada bagi gadis tu semangat dan nasihat pasai pelajaran & bidang yg sesuai utk diambil masa masu U nanti. well, sebenaqnya aku berharap yg dia buad macam tu kat aku. bukan kat gadis tu. dah dua malam depa tweet berdua sampai hampir pukui 2 pagi baru tidoq.

aku akui yang aku sangat cemburu tapi aku memang takdak hak pon nak cemburu. so,aku just dok diam2 dan stalk. bila pikiaq balik, kalau dia hepi dengan gadis ni, why not aku just biaqkan? kebahagiaan dia yang penting bagi aku right? so, aku decide utk deactived twitter. takdakla aku dok stalk sampai pukui 2 pagi. malam tadi aku tidoq pukui 12. awai dari biasa. hahaha.. perubahan yg baik.  :) cuma aku takut beberapa perkara ni berlaku. entah kenapa. aku takut sangat.

aku takut kalau dia jatuh hati dekat gadis ni
habeh la aku. kecewa gela. yela,apa yg dia buad dekat gadis tu hampir sama dengan apa yang dia buad dekat aku dulu. nanti,mesti aku teruih dia buang utk selamanya. takmau3. tapi...... hmm..

aku takut kalau gadis ni jatuh hati dekat dia
gadis ni tengah sunyi sebab baru putuih kalau tak silap aku. so,sebagai perempuan aku tau bila seseorang perempuan tu tengah bersedih kesepian, then adaa seorang lelaki hadir dan menceriakn hidup dia... sangat lah mudah untuk dia jatuh cinta dengan lelaki tersebut. kalau gadis ni jatuh cinta dekat dia, adakah gadis ni akan menerima naseb yang sama macam aku ataupun dia lebih bertuah? adakah gadis ni akan memiliki hati dia? yaAllah, pedihnya.

dua ketakutan yg aku alami. macam mana nak atasi ketakutan dan kecemburuan aku ni? dulu aku ada pesan dekat dia. kalau kenai dengan mana2 perempuan, ingat.. jangan beri dia apa2 harapan. aku taktau la dia masih egt pesanan aku ke tak. aku harap dia tau apa yang dia buad. aku taknak pisang berbuah dua kali. aku taknak dia sakit dan sedih macam mana yg aku buad dekat dia dulu. aku tknak dia terluka. dalam masa yang sama aku pon taknak gadis tu terluka macam aku dulu. semoga Allah sentiasa merahmati kalian. :)

Monday, 24 February 2014

aku benci cicak


cicak merupakan seekoq binatang reptilia yg mempunyai ekoq.......... bla bla bla.. ergghh!! bukan itu yg aku nak habaq. sebenaqnya semalam waktu pukui 12.45 pagi, aku nak p tandaih.. semua dh tidoq kcuali abang aku, topik. mcm besa la bukak lampu pahtu masuk tandaih tutup pintu. takkan nk biaq pintu ternganga kot bagi orang skodeng kan? zzzzz... haa, nk dipendekkan cita, akibat masuk tandaih tak baca doa.. dengan tidak semena-mena waktu nak katup pintu, ada sekoq cicak besaq gedabak macam anak bewak baq hang kat belakang pintu! sumpah tak tipuuu!!

bila aku katup pintu, barangkali cicak tu terkejut, dia pon p lari lintang pukang melekat kat syiling. posing baik punya.. habeh tu, dia egt dia sorang ja terkejut sampai boleh lari cegitu? egt aku ni tak terkejut tengok dia yg besaq gedabak macam anak bewak lari melekat kat dinding???!! apalagi..... marathon bermula!! aku bukak pintu,menjerit bagai nak rak lari pegi bilik mak aku. mak aku yg tengah syok2 tidoq terjaga terkejut pasaipa anak pompuan dia ni terjerit.

aku pon dok buad gaya geli satu badan, pegang tengkok sambil tergedik-gedik macam kena sawan habaq kat mak aku "ada cicak besaq gedabak macam anak bewak dalam bilik ayaq ma.. betoi!! unah gelila.. yaAllah.. besaqnya dia!!" mak aku yg tadinya muka terkejut, teruih buad muka kerek.. pahtu dia cakap "hang toksah merepek la.. halau jela dia.. satg lari la" pahtu dia sambung tidoq.. -__-

terkecewa, terkesima serta keterdiaman akuu.. T__T dengan keberanian yg memang takdak, dengan kegelian yg menebal, aku gagahkn jugakla kaki ni pegi masuk dalam bilik ayaq tu balik. tangan tu sentiasa dok tutup tengkok pasaipa taktau. aku tengok setiap inci bilik ayaq tu. fuhhh, hilang binatang itu. lari mana tah. baguihla.. syukur Alhamdulillah.. takdakla terbantut aku nk membuang hajat.. wkwkwkwk..

akhir kata, esoknya aku kena marah dgn topik sebab aku menjerit sampai buad anak dia terjaga.. HAHAHAHA!!  bukan salah aku!! cicak tu yang besaq gedabak telan apa pon aku taktau! heh! aku tak suka binatang geli2 mcam tu!! jangan pernah tunjukkan muka hampa kat aku dah wahai cicak2.. *muka bajet baguih sambil bercekak pinggang* Adios!

Thursday, 9 January 2014

cara solat sunat Dhuha yang ringkas


Heyyo! harini aku nak kongsi cara-cara solat sunat Dhuha yg ringkas. Basically ramai antara kita yg malas nk lakukan apa2 pon solat sunat dgn alasan yg pelbagai. Tp yg selalu disebut ialah tak reti, taktau or surah panjang nk kena hafal and bla bla bla.. Bila dh terdesak nak sesuatu menda tu,baru la kalut cari Allah kan? TAK TAU ke TAKNAK TAU? Taktau bole belaja beb! Mana bole guna alasan taktau skrg ni.

Haha. Ok, sebenaqnya solat Dhuha ni dikatakan sebagai pembuka rezeki utk kita. Selalunya lepaih solat Subuh, hampa toksah tidoq sbb pagi2 la malaikat mai nak bagi rezeki pon. Hampa bole isi masa2 pagi tu dgn solat Dhuha ni la. Antara pukui 7 hingga pukui 1 atau 15 minit sebelum zohor. Ramai kata afdal pukui 9 pagi. Hampa bole buad 2, 4, 6, atau 12 rakaat. Ikut mana mampula. Ok,pahtu cara nk tunai pulak.


1. Rakaat Pertama "Allahuakbar"& Niat dalam hati :
  • "Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
  •   Baca Alfatihah hingga akhir
  •   Baca Surah, pendek pun orait ja. (paling elok surah As-Syams )

2. Rakaat Kedua  
  •   Baca Alfatihah hingga akhir
  •   Baca Surah, pendek pun takpa. (paling afdhal surah Addhuha)
  •   Tahiyyat akhir & Bagi Salam

3. Doa  
  •  Mohon Allah murahkan rezeki kita.. berkati kerja kita.
  •   Doa la pape je hampa nak.. mengadu lah kat Allah
  •   Paling baguih kalau hampa guna Doa ni khas untuk waktu Dhuha



Maksudnya:

 Ya Allah, 
sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, 
kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, 
kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu 
dan perlindungan itu perlindunganMu.

Ya ALLAH, 
jika rezekiku masih di langit, turunkanlah,dan
jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah,
jika haram, sucikanlah dan
jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
Limpahkanlah kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.. 

Settle! senang dak? Bole dak hampa buad? InsyaAllah, semua mesti bole pya! Yg penting, hampa jgn dok beriya buad yg hat sunat tp yg hat wajib 5 waktu tu hampa dok tinggai! Tak dpat la lagu tu.. Egt na, nak seribu daya, taknak seribu alasan!